Aizat Amdan – New Era of Malaysian Music

Allow me to conduct my first post in Bahasa Malaysia

Aizat Amdan Live in Kuching

Aku telah hampir lupa akan musik Malaysia lepas hampir sedekad tidak mengikuti perkembangan Industri Musik Malaysia. Ini kerana Artist-Artis tempatan kegemaranku sudah lama tidak kedengaran seperti Sheila Majid, Zainal Abidin &  Amy Mastura.

Namun, lagu-lagu mereka dekat dengan hatiku kerana masa itu, lagu tempatan didengari tidak mengira apa bangsa atau apapun agama individu. Pada masa itu, Musik Malaysia didendangkan dengan megah.

Selepas sedekad lamanya, akhirnya aku kembali mengiatkan diri dalam Industri Musik Malaysia dan azamku untuk membantu dan membanggakan kembali lagu-lagu tempatan. Dalam masa setahun, aku telah jatuh cinta dengan musik beberapa individu dan kugiran di Malaysia. Antaranya, kugiran 6ixth Sense dan penyanyi rock tempatan Faizal Tahir.

Baru-baru ini, aku berpeluang berjumpa dan bertukar pendapat dengan Aizat Amdan melalui program ‘Friends of DiGi’ di mana Aizat telah menerima pelawaan DiGi Telecommunications untuk menjadi duta DiGi dan setelah mengambil sedikit masa untuk memahami beliau, aku sedar bahawa Industri Musik Malaysia belum lupus, ia cuma tidak diterokai sepenuhnya.

Beberapa miggu lepas, aku berpeluang mengambil bahagian dalam Konsert Aizat Amdan di Kuching dan sememangnya Aizat ‘Kasi Gegar’ Kuching dan peluang untuk melihat dengan mata sendiri, yang adanya peminat Aizat yang bukan Bangsa Melayu, adalah bukti masih wujud keharmonian dalam industri musik Malaysia.

Terima kasih kepada Aizat Amdan dan krew Kasi Gegar kerana memberi peluang kepada saya untuk mengalami satu konsert yang amat ‘BEST’ sekali dan moga-moga perjuangan Aizat untuk membawa kembali kegemilangan Musik Malaysia tercapai.

Video ini adalah hadiahku buat Aizat & peminatnya di Kuching untuk mengingati hari yang ‘Gegar’ itu! Gambar-gambar lanjut boleh didapati di http://facebook.com/melakaboy

About melakaboy

Nonsensical and crazy as i already am, i'm still good at what i do... that's me! crazily efficient.

Posted on July 26, 2011, in - Live Music Review, Life @ DiGi and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: