Konsert DiGi Jelajah Desa Kuantan, Alor Setar & Bagan Serai

#DiGiJelajahDesa

Selepas 3 minggu, penat sungguh aku.. naik, turun, naik turun, nasib baik semua orang dalam pasukan #DiGiJelajahDesa memang happening dan saling tolong-menolong. Dengan berkat mereka, barulah Konsert ini telah menjadi perbualan utama di alam maya!

Sebelum memulakan post saya tentang konsert ini, aku ingin mengambil masa untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang2 berikut di atas segala usaha mereka dalam menjayakan projek ini! mereka adalah!

Rakan penganjur :

  • ERA FM (@era_fm)
  • Media Hiburan (@mediahiburan)
  • Gua Malaysia (@guamalaysia)

Rakan pengelola :

  • Emma (@rempitmom)
  • Alan (@alanthoo)
  • Simon (@simonturtle)

Rakan Artist :

  • Adi Fashla (@adifashla)
  • Dina Nadzir (@DinaNadzir)
  • Aizat (@MuhdAizatAmdan, @AnasAmdan, @Lourenzar, @KasiGegar)
  • 6ixth Sense (@6ixthSenseTirta, @ZalyHaripin)
  • Amir Jahari (@AmirJahari, @Klubbkiddkl)
  • Reza Salleh (@RezaSalleh)
  • Zizan Razak (@ZizanRajaLawak, @MarinaJuki, @FaliqJamadin)
  • Altimet (@AltimetHM, @Mr_Afy88)
  • Shaheizy Sam (@Shaheizy_Sam)
  • Lisa Surihani (@LisaSurihani)
  • Mia Sara (@MiaSaraNasuha)

Aku amat bangga kerana berpeluang berkerjasama dengan artis-artis tanahair ini kerana mereka telah memberi sokongan penuh terhadap setiap inisiatif yang telah kita lakukan untuk projek ini! Aku berbangga dapat berkawan dengan anda semua!

Aku ingat lagi masa aku julung-julung kali mempromosikan konsep konsert ini kepada para artis. Aku masih ingat dengan kata-kata aku yang ini tidak boleh menjadi konsert percuma kerana konsert-konsert percuma membinasakan industri musik Malaysia dan kata-kata inilah adalah pegangan aku selama ini. Walaupun berbayar cuma seringgit, tidak boleh percuma! Dan kerana konsep ini, para penganjur dan artis terpaksa berusaha lebih gigih untuk mempromosikan konsert ini dan itulah yang semua orang bersatu untuk buat!

Perkara kedua yang aku katakan kepada para seniman tanahair kita ni ialah, buat apa-apa saja yang kau suka atas pentas itu, konsert ini bertemakan kreativiti artist dan saya ingin memberi peluang kepada artis untuk menggunakan ‘platform’ ini untuk memajukan diri. Yang tidak aku duga, kreativiti artis ini telah menjadi percakapan semua orang! Bagi aku, kolaborasi Aizat & Amir di pentas memaparkan sikap artis tanahair yang kini percaya bahawa adalah penting untuk para artis membantu sama lain. Amir juga mempamerkan kreativiti dengan memeriahkan style persembahan dari konsert ke konsert dan apabila Adi 6ixth Sense menjemput para hadirin untuk menari bersama di atas pentas, aku tahu, konsep ini memang telah memenangi hati para penonton. Tidak kurang jugak Zizan dengan Sam yang amat ‘beramas’ oops.. beramah mesra dengan semua penonton dan memberikan persembahan yang amat mantap di atas pentas! Pendatang baru Reza Salleh juga tidak ketinggalan apabila dia menggunakan peluang di atas pentas untuk mendekatkan lagi muzik beliau dengan para peminat yang hadir!

Harapan aku adalah untuk melihat konsep seperti ini berterusan di masa akan datang. Samada di kota atau di desa, yang penting, musik tanahair didahulukan, seniman tanahair diutamakan! Time kasih buat semua follower twitter yg telah follow @melakaboy dalam beberapa minggu ini. Semoga anda semua terhibur dan terus berjuang untuk muzik tanahair Malaysia! Gambar-Gambar #DiGiJelajahDesa boleh didapati di fb.com/melakaboy =P

Sekian! =P aku tinggalkan dengan klip-klip dari #DiGiJelajahDesa Alor Setar & Bagan Serai. Jumpa korang nanti kat KUALA SELANGOR 10/12

 

About melakaboy

Nonsensical and crazy as i already am, i'm still good at what i do... that's me! crazily efficient.

Posted on December 6, 2011, in - Live Music Review, Life @ DiGi and tagged , , , , . Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. rakan blogger xde ker?? haha

  2. haha.. terlupa pulak! Time Kasih Nizam kerana blog pasal konsert ni..🙂 before i forget, thank u @budiey jugak! =P

  3. cam best ja… x mai penang ka???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: