#TweetDenganSelebriti

Baru baru ni, naik darah i tengok tweet tweet yang ditujukan kepada selebriti Malaysia. Ramai yang berbunyi seperti.. ‘Alah hidung tinggi la selebriti ni, x jawab langsung tweet saya’ atau ‘dah tweet beribu kali pun x jawab la slebriti ni, dah lansi ke?’ atau lebih teruk lagi ada yang tweet selebriti tolong RT dan bila tidak, akan guna kata-kata yang kejam.

Aku nak tanya korang, ingat selebriti x ada keje lain ke nak 24 jam balas tweet korang? kamu tahu x selebriti tu, dapat kurang masa sendiri dari seorang pekerja awam. Mereka tidak ada masa pun nak keluar dgn kawan, ataupun meluangkan masa dengan keluarga. Itulah sebabnya ramai ahli keluarga menceburi bidang entertainment. Mereka nak luangkan lebih masa dgn orang tersayang mereka jer.

Tapi, ada cara-cara juga untuk tweet dgn selebriti.. mai i bagi petunjuk sikit.

1. Tunggu masa bila you nampak selebriti kesayangan you online dan balas tweet. Masa tu lah yang mereka luangkan untuk peminat, tweet tweet yang korang tweet tgh malam tu, takkan lah dia nak baca beribu-ribu yang dihantar sebelum tu. Mestilah mereka tweet yang baru-baru je.

2. Bila tweet selebriti, jgnlah selalu marah-marah. Ada kala, tanyakanlah khabar, ataupun lebih baik, promosilah filem atau lagu artist itu, bila mereka nampak pun gembira sikit kan?

3. Bila nak tweet, janganlah 1000 kali suruh selebriti tu follow kau. Kalau dia sudah comfortable ngan you, dia follow lah. Kekadang, selebriti pun nak timeline mereka tu personal sikit. Ramai yang pilih untuk follow orang yang mereka kenal je ataupun tweet tweet yang mereka nak baca, mereka followlah. Kalau tweet u slalu kutuk orang je, takkanlah mereka nak follow.

4.  Biasanya, kalau korang mention artist tu, mereka nampak, tapi bila mereka tak reply dan you kutuk pastu, takkanlah u masih harap mereka nak follow you kan? Artist tu pun manusia juga. Mereka ada perasaan lah.

5. Yang penting juga, ko kena selalu cakap-cakap tentang topik topik yang artist tweet. Mereka tak balas pun xper.. mereka akan baca. Kerana topik tu biasanya ada kene mengena dng kerja mereka, sama ada filem atau musik.

Sebenarnya, aku boleh tweet jer kata-kata ini, tapi panjang so pilih blogpost. Aku harap korang lepas ni akan berjaya di RT atau dijawab tweet oleh artist kesayangan anda. Paling penting, jangan sekali-sekala marah artist kerana tak reply ok?

Bak bata pepatah #HaruslahLove =)

 

About melakaboy

Nonsensical and crazy as i already am, i'm still good at what i do... that's me! crazily efficient.

Posted on December 28, 2011, in Life as [Mr.P!], Useful Information and tagged , , . Bookmark the permalink. 5 Comments.

  1. macam nak jadi barua artis sgt je

  2. xlah.. bila ko fanatic seseorang artis, ko akan paham la bila org marah marah artist kesayangan u.. =P harap x tersinggung ya

  3. sangat setuju, nak tweet artis kesayangan kena ada skill..so far setakat ni tweet saya selalu berbalas..tapi kalau tak berbalas pun tak pe, positif saja…

    ‘RT please’….’follow me please’…
    oh sungguh sungguh menjengkelkan baca tweet mcm tu kan….hehe

  4. sy sgt2 setuju… kte sesama mnusia nie bkn nye perfect..wlpn tweet sy xprnh dibls oleh artis kesyngan sy…but..sy still ambl thu p;kmbngannye….biasalh kn..nama pun artis..msti lh busy…apa2 pun sy sokong anak seni..

Leave a comment