Bagaimana #MB4 #M13 & #OhMyMalaysia bermula?

Kalau sekadar tweet dalam Bahasa, boleh lagi. Ni nak blog dalam Bahasa, agak sukar gak. Harap ampunkan MB kalau ada silap bahasa dalam artikel ini ya 🙂

Tahun lepas, MB diperkenalkan dengan seorang budak lelaki yang agak popular di twitter. Nama dia, Megat Amir Danish. Dan melalui Megat, MB berpeluang untuk berkenalan dengan 3 orang lagi budak-budak femes iaitu @thekhayalan15, @akbarazman & @AizatABD. MB rasa jodoh menemukan kita sebab walaupun pendek perkenalan kita, MB senang nak bergaul dengan mereka. Keempat-empat mereka mula mengambil bahagian dalam kempen-kempen ‘Tweet Berbayar’ yang MB jalankan. Dalam masa yang sama, MB dapat perhatikan yang followers mereka sgt sgt sayangkan mereka. Jadi, MB membuat keputusan untuk satukan mereka. Kita bertemu di KLCC untuk makan tengah hari, dan di situlah bermulanya #MB4 atau memberi maksud 4 Sekawan MelakaBoy!

Pada masa itu, MB juga kenal dengan seorang gadis muda yg sgt sgt sweet. Pandai menyanyi pulak tu. She’s @SyadaAmzahh!! and through her and Syahir, MB berjumpa pula Adel Asha masa Festival Belia 2013.. Oleh sebab #MB4 sudah mempunyai identiti mereka sendiri, MB membuat keputusan untuk melahirkan satu lagi entiti dan diberi nama #M13 yg juga boleh bermaksud MIE iaitu 3 terbalik! MIE itu pendek untuk Malaysian Internet Entertainers. #M13 juga membawa maksud MB iaitu 1 & 3 dicantumkan 🙂

Semua ini berlaku dalam masa yg sangat singkat & pada bulan September 2013, MB terfikir nak memulakan satu video pendek bersempena dengan Hari Malaysia. Video ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran sivik kepada remaja di Malaysia. Bila kita mula merakam video pada hari pertama, kita masih tiada nama untuk projek kita. Masa shoot, kita terfikir-fikir apa nama yang sesuai. Hampir tak ingat siapa yg rekomen nama #OhMyMalaysia tapi semua orang setuju yang nama itu sesuai dan dengan itu, terciptalah #OhMyMalaysia yang dilancarkan pada Hari Malaysia 2013.

Sampai sekarang, 9 episode #OhMyMalaysia sudah berjaya dikeluarkan & harap-harap akan ada lagi di masa hadapan.

MB mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada UNITAR, BSN & Filem Kisah Paling Gengster kerana sudi menaja video-video #OhMyMalaysia.

Kalau nak tengok lebih video #OhMyMalaysia, kenalah rajin suruh kawan-kawan lain tengok sebab kalau tak ramai orang tengok, mana kita nak cari sponsor? Jadi, kalau lapang, kongsikan Video-Video #OhMyMalaysia ok? Siap bagi playlist ni 🙂

Tq sudi support #OhMyMalaysia!

Advertisements

Posted on February 17, 2014, in Life as [Mr.P!] and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. saya minat jadi pelakon malaysia

  2. minat na jadi pelakon genster malaysia

  3. Pengalaman sye jdi model di butik. 2 thun dn dlm msa yg sme sye bleh belakon klau prlukn model call sye.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: